Semalam kami ke My Maidin.. Hujan renyai-renyai masatu.. Arif kalut nak buang air kecik, Tuan Besat kalut nak cover Arif dari terkene hujan.. Masuk2 Mydin,takde toilet disediakan utk public..huhuhu...
So Tuan Besat segera p bayar barang smtra akhak,anis ngn aris tunggu kat luar...
Tetiba di penjuru bangunan, ade seekor puppy yg agak2 manja... Nampak jek kami,dia berlari puppy menuju ke arah kami... kami jerit kekalutan dan berlari masuk semula ke mydin.. puppy tersebut pun masuk ke dalam mydin.. ape lagi..sume org kat dlm mydin pun menjerit2 kekalutan dan lari bertempiaran..hahhahaha...kecoh sungguh masatu...
Puppy carik arif ngn anis.. Tuan besat selaku nak jadik hero kampung pisang masatu guna payung tolak pupy ke luar. tapi puppy tu kuat..sampai bengkok payung kami.. Tuan Besat kate puppy tu hanya nak meleset2 je kat kaki... i wish that puppy is a cat.. last2 pekerja mydin berbangsa Myanmar menyelamatkan keadaan. Dia angkat dipeluk2,dibelai2 puppy tu... Dia tersenggih kebinggungan kenapa org takut ngn puppy yg kecik tu..hahhaha...
Payung da jadik arwah..kami tinggalkan kat tong sampah mydin tu.ingatkan arif terkucil dlm seluar gara2 kene kejar puppy rupa2nye sampai tak jadik kencing...org kalut taknak dekat ngn anjing sbb nnti kene samak, si arif plak suka nak main ngn puppy..comella puppy tu..alahai arif...
I wish... I will... I do...
Sunday, January 2, 2011
Saturday, January 1, 2011
Happy New Year 2011...
Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat Tahun Baru 2011 semua...Semoga tahun nie lebih ade "ong"...hahhahaha...
1 Jan 2011 - Dimulakan dengan Arif kene chicken pox...so satu rumah terpaksa ber'herbanasi'..hahhahaha rosak sume plan nak berjalan,nak balik kg, nak ziarah Afiq yg jatuh parit sampai berjahit 7jahitan, nak beramas mesra ngn cikgu tadika Arif...huhuhu..sume terpaksa ditunda..
Malam new year sepatutnye Tuan Besat kene datang opis..support New Year's Celebration Party tapi tak jadik g sbb Arif..kesian kitorg kan..kan..kan..so malam tadi just tengok bunga api kat tingkap bilik ajela...hahahhaha..tu pun da sronok sbb Arif ngn Anis terjerit2 kejakunan...hahahhaha...
Sepatutnye Arif masuk tadika 4hb nie. Atas sbb virus yg dibawanye,maka persekolahannye terpaksa ditunda sehingga Arif sembuh..Arif tak sabar nak g sekolah, akhak lagila..mcm2 perasaan ade..ape nak dimulakan dulu ek...huhuhu..risau..risau..risau..ahakz.. Planning list akan disediakan next entry..i wish, i will do it..chaiyoook!!!
Selamat Tahun Baru 2011 semua...Semoga tahun nie lebih ade "ong"...hahhahaha...
1 Jan 2011 - Dimulakan dengan Arif kene chicken pox...so satu rumah terpaksa ber'herbanasi'..hahhahaha rosak sume plan nak berjalan,nak balik kg, nak ziarah Afiq yg jatuh parit sampai berjahit 7jahitan, nak beramas mesra ngn cikgu tadika Arif...huhuhu..sume terpaksa ditunda..
Malam new year sepatutnye Tuan Besat kene datang opis..support New Year's Celebration Party tapi tak jadik g sbb Arif..kesian kitorg kan..kan..kan..so malam tadi just tengok bunga api kat tingkap bilik ajela...hahahhaha..tu pun da sronok sbb Arif ngn Anis terjerit2 kejakunan...hahahhaha...
Sepatutnye Arif masuk tadika 4hb nie. Atas sbb virus yg dibawanye,maka persekolahannye terpaksa ditunda sehingga Arif sembuh..Arif tak sabar nak g sekolah, akhak lagila..mcm2 perasaan ade..ape nak dimulakan dulu ek...huhuhu..risau..risau..risau..ahakz.. Planning list akan disediakan next entry..i wish, i will do it..chaiyoook!!!
Tuesday, December 21, 2010
Isteri Solehah
Assalamualaikum kawan-kawan...
Dah jadi isteri orang nie barula terhegeh-hegeh nak jadi isteri solehah..yela,sape taknak dok syurga kan..Akhak copy panduan nie utk diri akhak ye adik-adik..jgn salah paham plak...Semoga Allah bukakan hatiku, tetapkan imanku utk menuntut ilmuMu menjadi isteri yang diredhai...Amin Ya Rabbalalamin..
Dah jadi isteri orang nie barula terhegeh-hegeh nak jadi isteri solehah..yela,sape taknak dok syurga kan..Akhak copy panduan nie utk diri akhak ye adik-adik..jgn salah paham plak...Semoga Allah bukakan hatiku, tetapkan imanku utk menuntut ilmuMu menjadi isteri yang diredhai...Amin Ya Rabbalalamin..
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…”Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Anak Solehah....
Assalamualaikum kawan-kawan...
Sepanjang usia akhak nie,dari kecik sampai sekolah,dari bujang sampaila da kawen,dari takde anak sampai dah 2 orang anak nie masih belum terbalas jasa mak abah... belum tertunai tanggungjawab akhak sbg seorang anak... Ya Allah, mampukah aku bahagiakan mereka..mampukah aku membalas jasa2 mereka...
Akhak berharap sangat2 dapat menjadi anak yg solehah... Akhak cilok panduan nie dr sini... Moga dapat manfaat bersama..
Sepanjang usia akhak nie,dari kecik sampai sekolah,dari bujang sampaila da kawen,dari takde anak sampai dah 2 orang anak nie masih belum terbalas jasa mak abah... belum tertunai tanggungjawab akhak sbg seorang anak... Ya Allah, mampukah aku bahagiakan mereka..mampukah aku membalas jasa2 mereka...
Akhak berharap sangat2 dapat menjadi anak yg solehah... Akhak cilok panduan nie dr sini... Moga dapat manfaat bersama..
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Monday, December 20, 2010
Salam Perkenalan...
Assalamualaikum kawan-kawan…
Orang ade blog,akhak pun nak ade blog tapi tujuan wat blog blum pasti lagi..saje suka-suki n carca-marba..mungkin lebih pada nak isi masa lapang n nak cari kawan.. Sebelum nie asyik baca blog org,jadik silent reader , banyak ilmu berguna akhak dapat… so alhamdulillah thn baru nie diberi kekuatan(malu teramatz) n kerajinan(malas sokmo)… Oleh itu,dikesempatan nie akhak nak ucapkan salam perkenalan pada sume yg sudi berkawan n berkongsi pendapat dengan akhak..
CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
· Taat kepada perintah Alah
· Baik budi pekerti dan bersopan santun
· Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
· Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
· Tidak mendedahkan keburukan kawan
· Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
· Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
CARA BERADAB DENGAN KAWAN
Ø Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
Ø Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
Ø Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
Ø Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
Ø Sentiasa bersangka baik dengan kawan
KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK
· Mendorong melakukan perkara kebaikan
· Dapat mencontohi kebaikannya
· Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
· Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah
Seperti diberitau awal tadi, tujuan blog nie adalah utk akhak meluahkan prasaan, berkongsi pendapat dan maklumat, tidak bermaksud utk menyinggung, memerli mana-mana pihak. Sebarang kerja copy mengcopy akan dsertakan alamat ciloknye. Akhak sedia menerima sebarang pendapat mahupun kritikan utk memperbaiki diri akhak yg lemah nie..Sekian,terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)