Assalamualaikum kawan-kawan…
Orang ade blog,akhak pun nak ade blog tapi tujuan wat blog blum pasti lagi..saje suka-suki n carca-marba..mungkin lebih pada nak isi masa lapang n nak cari kawan.. Sebelum nie asyik baca blog org,jadik silent reader , banyak ilmu berguna akhak dapat… so alhamdulillah thn baru nie diberi kekuatan(malu teramatz) n kerajinan(malas sokmo)… Oleh itu,dikesempatan nie akhak nak ucapkan salam perkenalan pada sume yg sudi berkawan n berkongsi pendapat dengan akhak..
CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
· Taat kepada perintah Alah
· Baik budi pekerti dan bersopan santun
· Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
· Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
· Tidak mendedahkan keburukan kawan
· Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
· Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
CARA BERADAB DENGAN KAWAN
Ø Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
Ø Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
Ø Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
Ø Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
Ø Sentiasa bersangka baik dengan kawan
KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK
· Mendorong melakukan perkara kebaikan
· Dapat mencontohi kebaikannya
· Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
· Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah
Seperti diberitau awal tadi, tujuan blog nie adalah utk akhak meluahkan prasaan, berkongsi pendapat dan maklumat, tidak bermaksud utk menyinggung, memerli mana-mana pihak. Sebarang kerja copy mengcopy akan dsertakan alamat ciloknye. Akhak sedia menerima sebarang pendapat mahupun kritikan utk memperbaiki diri akhak yg lemah nie..Sekian,terima kasih..
No comments:
Post a Comment