Sepanjang usia akhak nie,dari kecik sampai sekolah,dari bujang sampaila da kawen,dari takde anak sampai dah 2 orang anak nie masih belum terbalas jasa mak abah... belum tertunai tanggungjawab akhak sbg seorang anak... Ya Allah, mampukah aku bahagiakan mereka..mampukah aku membalas jasa2 mereka...
Akhak berharap sangat2 dapat menjadi anak yg solehah... Akhak cilok panduan nie dr sini... Moga dapat manfaat bersama..
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment